Mesyuarat Agong 2011

Mesyuarat Agong 2011 telah diadakan pada 25 Julai 2011, jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat BTM.

Pada Mesyuarat Agong 2011 ini berlangsung pembubaran ahli jawatankuasa sesi 2009 - 2011 dan berlangsungnya perlantikan ahli jawatankuasa baru sesi 2011 - 2013. Ahli jawatankuasa baru diberi mandat memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti kelab sebaiknya dengan telus dan amanah. Berikut adalah AJK Induk kelab yang baru :

Pengerusi
Puan Erni Syazarina

Setiausaha
Puan Zuraidah

Bendahari
Puan Sharulniza

Penolong Bendahari
Cik Norfaeza

Biro Agama
Encik Salleh

Biro Sukan
Encik Sarathe

Biro Kebajikan
Cik Rahayu

Biro Publisiti
Puan Rosnah

Biro Lawatan & Rekreasi
Encik Asraf

Majlis berjalan lancar dengan menyaksikan kebolehan kakitangan BTM yang baru, Encik Helmin bertugas sebagai pengacara majlis. Majlis juga diserikan dengan acara penyampaian Jasamu Dikenang kepada Puan Noor Jeehan dan Puan Asfaziahtun atas khidmat mereka yang setia dan tidak berbelah bagi selama di bahagian ini. Seterusnya disampaikan juga hadiah hari lahir kakitangan bagi tahun 2011, hadiah kepada kakitangan yang baru berkahwin (Encik Shahrizal) dan yang baru menimang cahaya mata (Puan Nur Azima).
Akhir sekali, acara makan-makan.... Ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua AJK dan kakitangan yang sama-sama membantu menjayakan majlis ini.
Alhamdulillah acara telah selesai dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment