Lagu ICT Tahun 2004

Lagu ini dirakamkan sebagai lagu rasmi Pusat ICT Selangor pada tahun 2004.
Ianya sempena Tahun 2004 sebagai Tahun K-Komuniti Selangor (K=Knowledge)
oleh itu liriknya K-Ekonomi, K-Komuniti..
Lagu dan lirik digubah khas oleh KRU
KRU dilantik sebagai duta ICT negeri Selangor kerana berjaya menggunakan kecanggihan ICT dalam bidang muzik, perfileman dll

Dengar link sini : http://soundcloud.com/ictselangor/lagu-ict-selangor-by-kru

Lagu ICT selangor by KRU by ictselangor

Lagu rasmi Pusat ICT Selangor (Tahun 2000)

Lagu ICT Maju 2005

Lagu ini dirakamkan khas sebagai lagu rasmi Pusat ICT Selangor pada tahun 2000. Liriknya untuk menyokong pembangunan ICT di negeri Selangor menjelang wawasan Selangor Maju pada tahun 2005. Lagu ini juga menjadi kenang-kenangan bagi kakitangan Pusat ICT Selangor yang bersama-sama melalui fasa pembangunan infrastruktur, infostruktur dan program-program Celik IT ke seluruh pelusuk kota, kampung dan sekolah-sekolah.

Dengar link sini : laguictmaju2005

Montaj Jasamu Dikenang 14 September 2012


Montaj Jasamu Dikenang 14 September 2012..
by biro publisiti..


Majlis Raya Dan Jasamu Dikenang 14 September 2012

Majlis Jasamu Dikenang kali ini diadakan sekali dengan jamuan raya kakitangan BTM pada 14 September 2012. Emcee bertugas ialah Puan Norashikin. Jamuan raya meriah dengan hidangan utama dan Potluck dari kakitangan. Sambil menjamu selera ada kejutan khas seperti hadiah pakaian tercantik dan lelaki paling kacak, dimenangi oleh Puan Fara Mazwina dan Encik Fazli. Suasana diserikan dengan lagu-lagu raya hasil kreativiti Amirhisham dan Iskandar.   



 Jasamu Dikenang
Puan Siti Julaika Binti Hashim
Encik Nor Faizal Bin Paiman
Encik Mohd Saifulizan Bin Zainudin
Encik Salleh Bin Sanam
Puan Siti Zurina Binti Jusoh
Cik Sri Dayana
Cik Nurhidayu Jamil
Cik Noor Azreen Binti Shahabudin
Encik Mohd Nur Salam (Pelatih Industri)




BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI


Birthdays
Cik Azreen 17.1.1989
Encik Amirizam 6.6.1980
Encik Mohd Shahrizal 14.6.1982
Puan Fara Mazwina 22.6.1979
Tuan Zaharah 28.6.1974
Tuan Haji Wahilman 10.7.1960
Cik Norlela 10.7.1990
Puan Zuraidah 12.7.1980
Encik Mohd Syakir 16.7.1986
Puan Nurjihan 19.7.1978
Puan Rosnah 25.7.1980
Encik Mohamad Fazli 26.7.1979
Puan Lili 1.8.1981
Encik Govindasamy 1.8.1960
Encik Mohd Saifulizan 5.8.1978
Puan Hasliza 9.8.1980
Encik Radi 12.8.1979
Encik Mohd Asraf 30.8.1988
Puan Norashikin 4.9.1985
Puan Zulashura 21.9.1963
Cik Fazilah 24.9.1972
Encik Khairul Amri 25.9.1984
Encik Nor Faizal 28.9.1979


Gambar-gambar candid untuk kenangan kali ni juga banyak kerana ramai staf yang bergaya menggunakan DSLR masing-masing..yang pasti jauh lebih canggih dari Nikon D80 jabatan. Terpaksalah pilih gambar untuk dimasukkan di blog ini ya. Setakat ini dulu. Kita cerita posting gambar raya kemudian ya.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012M/1433H dengan ucapan Maaf Zahir Batin dari semua AJK Kelab BTM. Terutama kepada staf dan alumni Bahagian Teknologi Maklumat Selangor. Khas untuk korang, kad raya 2in1 ini boleh jadi sampul duit raya.
Hm dengarnya ada bank dan kedai2 yang tak kasi sampul duit raya percuma kali ni. Potong dan gam sendiri buatlah berapa banyak yang larat ya. Semoga berguna ya :-) Selamat Hari Raya!
(Jika ada sesiapa yang nak file PSDnya dan nak edit atau letak nama sendiri boleh emel/sms saya - rosnah.miskan@gmail.com / 0162484633)

Kad Raya 2in1 - Sampul Duit Raya

Majlis Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir 23 Feb 2012

Tarikh : 23/2/2012 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BTM
Jasamu dikenang untuk : Encik Mohd. Solihin & Puan Adelin


Majlis telah dihadiri oleh semua kakitangan. Emcee bertugas hari ini ialah Puan Norashikin, pembaca doa Encik Nor Helmin, jurugambar Encik Amirizam dan dibantu oleh AJK yang bertungkus lumus mempersiapkan hadiah, juadah tetap dan lain-lain aktiviti berkaitan sejak seminggu lalu.

Slide khas disediakan untuk mengenang jasa pegawai yang diraikan:




Senarai yang menerima cenderamata sempena hari lahir bulan Januari hingga April 2012:

Penghargaan Kepada Encik Mohd Solihin Bin Tasman

Kelab BTM akan mengadakan majlis sempena Jasamu Dikenang kepada pegawai BTM iaitu Encik Mohd Solihin Bin Tasman yang akan menamatkan perkhidmatan pada Mac ini.

Siapa tak kenal Encik Solihin, beliau adalah kakitangan yang banyak menyumbangkan jasa dalam program kesedaran Celik Komputer/ICT bagi negeri Selangor pada awal-awal teknologi komputer mula bertapak di Malaysia. Beliaulah tulang belakang dan penyumbang idea kepada pelbagai promosi, kempen dan program kesedaran ICT ke segenap pelusuk kampung, sekolah biasa, sekolah pendidikan khas dan kesedaran ICT dalam kakitangan jabatan kerajaan negeri Selangor tak kira di pejabat SUK, pejabat daerah dan keseluruhannya. Ini semua perjuangan semasa beliau dan staf Pusat ICT/BTM ke arah kempen E-Komuniti di negeri Selangor. Sesungguhnya tugasan beliau bukan hanya duduk di pejabat SUK sahaja tapi sasaran komuniti sangat luas kerana ingin pastikan segenap pelusuk negeri Selangor tak ada jurang digital. Perwatakan beliau yang sederhana dan sentiasa terbuka memudahkan urusan tugasan Pusat ICT/BTM sebagai pelaksana pelbagai program ICT negeri kerana mudah berurusan dengan mana-mana pihak pengurusan tak kira dari pihak politik, pengurusan suk, pengurusan daerah, ketua kampung dan sekolah. Macam-macam pengalaman boleh dipelajari dari beliau.

Peranan beliau sangat besar dan memang telah menaikkan nama Pusat ICT/BTM tak kira semasa dinaungi oleh ketua jabatan/SUK/TSUK/SUB/KPSU yang datang dan pergi silih berganti. Cuma sayangnya beliau akan menamatkan khidmat bakti di BTM sedikit masa lagi dan memberi khidmat beliau yang sangat berharga di tempat lain. Kami doakan yang terbaik untuk masa depan Encik Solihin. Walaupun zaman program celik it sudah berlalu dan kini orang ramai pula yang semakin mengharapkan perubahan kerajaan elektronik, namun jasa beliau sesungguhnya lebih besar dari yang kita tahu. Memandangkan kekangan bajet kelab, mungkin kami AJK tak dapat gambarkan cara sebenar untuk menghargai jasa beliau selain dengan sekadar jamuan perpisahan biasa-biasa. Semoga jasa beliau terus diingati sesiapa sahaja yang sinonim dengan e-komuniti, rangkaian suk dan pusat komuniti it.