Sambutan Raya Staff 2011

Sambutan telahpun diadakan pada 21/9/2011 (Rabu) secara kecil-kecilan dengan suasana meriah Potluck. Terima kasih kepada SUB kerana sudi meluangkan masa pada hari tersebut beramah mesra bersama staff. Maklumlah hari biasa susah juga nak berbual mesra kerana kesibukan tugas..yang teknikal terkejar ke sana, yang buat kerja tekun di depan komputer, bos-bos pula perlu tepat pada masanya hadir ke mesyuarat2 yang diperlukan. Begitulah kita akhirnya dapat bersama-sama pada hari yang ceria berpakaian raya sambil menikmati juadah yang sedap-sedap dek air tangan staff sendiri. Meriah.

//usik-usik : Terharu SUB sanggup tukar ke baju melayu merah untuk majlis yang bermula jam 11 pagi:-) eh rasanya jumaat pakai baju kaler sama jugak..bos kita ada banyak baju raya merah kot. bila lagi agaknya kita nak sedondon satu opis ya? tentu lebih meriah :-)