Sampul Duit Raya..Design Baru 2015 Dari BTM

Sampul Duit Raya 2015 Kelab BTM Selangor :

Promosi sampul duit raya keluaran khas Kelab BTM Selangor

4 bungkus = RM 10.00

Hubungi Puan Tuan Zaharah untuk maklumat lanjut (03-55447563)


                     
                

Program Ceramah ‘Ramadhan: Care For Hunger’ anjuran Kelab BTM Dan Penghantaran Sumbangan



Alhamdulillah, program ceramah ‘Ramadhan: Care For Hunger’ anjuran Kelab BTM bersama pihak NGO, Islamic Relief Malaysia (IRM) telahpun berlangsung pada 26 Jun 2015 (Jumaat) yang lepas.

Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga BTM berkenaan projek-projek amal dan kebajikan yang sedang dilakukan oleh IRM, terutamanya program ‘Ramadhan: Care For Hunger’ di mana ia merupakan tabung khusus untuk membantu mangsa kebuluran bagi mendapatkan makanan.

Sesuai dengan amalan bersedekah yang paling afdal dilakukan dalam bulan Ramadhan, Kelab BTM ingin memberi kemudahan untuk warga BTM melaksanakan ibadah ini. Lebih-lebih lagi, memberi makan kepada orang yang berpuasa banyak ganjarannya seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi).

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Kelab BTM telah menganjurkan kutipan sumbangan untuk tabung  ‘Ramadhan: Care For Hunger’ yang telahpun diletakkan di kawasan punch card. Untuk makluman tuan/puan, tabung tersebut akan diletakkan di situ sehingga 9 Julai 2015 (Khamis).

Untuk makluman, sumbangan wang yang telah dikumpul adalah sebanyak RM464.70. Sumbangan telah disampaikan kepada wakil Islamic Relief Malaysia, Datin Norelan Ismail selaku Manager, Charity Shoppe & Event Division.

Bagi pihak AJK Kelab BTM, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan sokongan tuan/puan semua terhadap aktiviti ini serta ceramah agama yang telah dijalankan dalam bulan Ramadan ini.



Sekian, terima kasih.


Gambar- Gambar Semasa Ceramah  ‘Ramadhan: Care For Hunger’ Anjuran Kelab BTM Bersama Pihak NGO Di Bilik Mesyuarat Buginvilla











 Gambar- Gambar Semasa Lawatan Ke Islamic Relief Charity Shoppe Di Bandar Baru Bangi