Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Lawatan Sambil Belajar Ke Istana Alam Shah, Klang Anjuran Kelab BTM Selangor

Tarikh : 1 Mac 2016 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang

Tempat Berkumpul : Hadapan Dewan Annex, Bangunan SSAAS, Shah Alam

Kenderaan : Bas SUK

Etika Pakaian : Lelaki : Baju kemeja atau batik lengan panjang atau baju korporat lengan panjang/Blazer

Perempuan : Baju kurung/kebaya atau baju korporat lengan panjang

    
            Aturcara:
           

8.15 pagi
- Berkumpul di hadapan Dewan Annex

8.30 pagi
- Bas bertolak ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Jalan Stesen, Klang)
    *(food pack akan diedarkan dalam bas)

9.00 pagi
- Ketibaan di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Jalan Stesen, Klang)
- Tayangan Slide dan lawatan
- Bertolak ke Istana Alam Shah

10.00 pagi
- Ketibaan di Istana Alam Shah
- Minum pagi (disediakan oleh pihak Istana)
- Taklimat/tayangan Slide
- Lawatan :-
>Istana Alam Shah
>Masjid Istana Diraja
>Galeri Bola Sepak
>Galeri Automobil Diraja
>Replika Stesen Keretapi Tanjung Pagar

2.30 petang
Bertolak pulang ke Pejabat SUK Selangor

3.00 petang
- Tiba di Pejabat SUK Selangor
- Bersurai
















Sambutan Hari Lahir Kelab BTM 2106

Tarikh : 19 Februari 2016 (Jumaat)

Masa : 8:30 pg

Tempat : Bilik Mesyuarat Buginvila, BTM





Kejohanan Tenpin Bowling “Vendor Strikers”

Tarikh  : 14 November 2015 (Sabtu)

Masa    : 9.00 pagi (Pendaftaran)
             : 10.00 pagi (Roll Off)
Tempat : Ampang Superbowl, Summit USJ




Johan
Naib Johan
Tempat Ke-3







Emmm ni Johan betul-betul ke ni.... ;)


Program Ceramah ‘Ramadhan: Care For Hunger’ anjuran Kelab BTM Dan Penghantaran Sumbangan



Alhamdulillah, program ceramah ‘Ramadhan: Care For Hunger’ anjuran Kelab BTM bersama pihak NGO, Islamic Relief Malaysia (IRM) telahpun berlangsung pada 26 Jun 2015 (Jumaat) yang lepas.

Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga BTM berkenaan projek-projek amal dan kebajikan yang sedang dilakukan oleh IRM, terutamanya program ‘Ramadhan: Care For Hunger’ di mana ia merupakan tabung khusus untuk membantu mangsa kebuluran bagi mendapatkan makanan.

Sesuai dengan amalan bersedekah yang paling afdal dilakukan dalam bulan Ramadhan, Kelab BTM ingin memberi kemudahan untuk warga BTM melaksanakan ibadah ini. Lebih-lebih lagi, memberi makan kepada orang yang berpuasa banyak ganjarannya seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi).

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Kelab BTM telah menganjurkan kutipan sumbangan untuk tabung  ‘Ramadhan: Care For Hunger’ yang telahpun diletakkan di kawasan punch card. Untuk makluman tuan/puan, tabung tersebut akan diletakkan di situ sehingga 9 Julai 2015 (Khamis).

Untuk makluman, sumbangan wang yang telah dikumpul adalah sebanyak RM464.70. Sumbangan telah disampaikan kepada wakil Islamic Relief Malaysia, Datin Norelan Ismail selaku Manager, Charity Shoppe & Event Division.

Bagi pihak AJK Kelab BTM, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan sokongan tuan/puan semua terhadap aktiviti ini serta ceramah agama yang telah dijalankan dalam bulan Ramadan ini.



Sekian, terima kasih.


Gambar- Gambar Semasa Ceramah  ‘Ramadhan: Care For Hunger’ Anjuran Kelab BTM Bersama Pihak NGO Di Bilik Mesyuarat Buginvilla











 Gambar- Gambar Semasa Lawatan Ke Islamic Relief Charity Shoppe Di Bandar Baru Bangi











Tahniah AJK Baru 2015 - 2017

Tu dia barisan AJK baru...tahniah!
Barisan AJK Bersama Pembantu


Sambutan Raya Staff 2011

Sambutan telahpun diadakan pada 21/9/2011 (Rabu) secara kecil-kecilan dengan suasana meriah Potluck. Terima kasih kepada SUB kerana sudi meluangkan masa pada hari tersebut beramah mesra bersama staff. Maklumlah hari biasa susah juga nak berbual mesra kerana kesibukan tugas..yang teknikal terkejar ke sana, yang buat kerja tekun di depan komputer, bos-bos pula perlu tepat pada masanya hadir ke mesyuarat2 yang diperlukan. Begitulah kita akhirnya dapat bersama-sama pada hari yang ceria berpakaian raya sambil menikmati juadah yang sedap-sedap dek air tangan staff sendiri. Meriah.

//usik-usik : Terharu SUB sanggup tukar ke baju melayu merah untuk majlis yang bermula jam 11 pagi:-) eh rasanya jumaat pakai baju kaler sama jugak..bos kita ada banyak baju raya merah kot. bila lagi agaknya kita nak sedondon satu opis ya? tentu lebih meriah :-)

Tempahan Hamper Raya 2011 dibuka sekarang!!


YUMMYLICIOUS!!
Sempena Syawal kali ini, raikan rakan dan mereka yang tersayang dengan Hamper Raya Ekslusif kami.

Setiap set Hamper mengandungi :
1 set Praline Homemade Chocolate + 5 set biskut raya
Popia Simpul Kasih | Tart Nenas | Biskut White Rocher | Kuih Bangkit Kelapa | Chocolate Chip

Harga : RM130.00 sahaja

Tempahan Akhir : 15 OGOS 2011

CARA BAYARAN : Bayar-Semasa-Terima | Cash-On-Delivery

CARA TEMPAHAN
1. Telefon :
ERNI 019-3879095
ZURAIDAH 013-3261564
SALLEH 012-3089678
ROSNAH 016-2484633
AYU 019-3216593

2. E-mel : g_kelabbtm@selangor.gov.my

CALL OR EMAIL US TO CONFIRM YOUR ORDER NOW!