Majlis Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir 23 Feb 2012

Tarikh : 23/2/2012 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BTM
Jasamu dikenang untuk : Encik Mohd. Solihin & Puan Adelin


Majlis telah dihadiri oleh semua kakitangan. Emcee bertugas hari ini ialah Puan Norashikin, pembaca doa Encik Nor Helmin, jurugambar Encik Amirizam dan dibantu oleh AJK yang bertungkus lumus mempersiapkan hadiah, juadah tetap dan lain-lain aktiviti berkaitan sejak seminggu lalu.

Slide khas disediakan untuk mengenang jasa pegawai yang diraikan:




Senarai yang menerima cenderamata sempena hari lahir bulan Januari hingga April 2012:

Penghargaan Kepada Encik Mohd Solihin Bin Tasman

Kelab BTM akan mengadakan majlis sempena Jasamu Dikenang kepada pegawai BTM iaitu Encik Mohd Solihin Bin Tasman yang akan menamatkan perkhidmatan pada Mac ini.

Siapa tak kenal Encik Solihin, beliau adalah kakitangan yang banyak menyumbangkan jasa dalam program kesedaran Celik Komputer/ICT bagi negeri Selangor pada awal-awal teknologi komputer mula bertapak di Malaysia. Beliaulah tulang belakang dan penyumbang idea kepada pelbagai promosi, kempen dan program kesedaran ICT ke segenap pelusuk kampung, sekolah biasa, sekolah pendidikan khas dan kesedaran ICT dalam kakitangan jabatan kerajaan negeri Selangor tak kira di pejabat SUK, pejabat daerah dan keseluruhannya. Ini semua perjuangan semasa beliau dan staf Pusat ICT/BTM ke arah kempen E-Komuniti di negeri Selangor. Sesungguhnya tugasan beliau bukan hanya duduk di pejabat SUK sahaja tapi sasaran komuniti sangat luas kerana ingin pastikan segenap pelusuk negeri Selangor tak ada jurang digital. Perwatakan beliau yang sederhana dan sentiasa terbuka memudahkan urusan tugasan Pusat ICT/BTM sebagai pelaksana pelbagai program ICT negeri kerana mudah berurusan dengan mana-mana pihak pengurusan tak kira dari pihak politik, pengurusan suk, pengurusan daerah, ketua kampung dan sekolah. Macam-macam pengalaman boleh dipelajari dari beliau.

Peranan beliau sangat besar dan memang telah menaikkan nama Pusat ICT/BTM tak kira semasa dinaungi oleh ketua jabatan/SUK/TSUK/SUB/KPSU yang datang dan pergi silih berganti. Cuma sayangnya beliau akan menamatkan khidmat bakti di BTM sedikit masa lagi dan memberi khidmat beliau yang sangat berharga di tempat lain. Kami doakan yang terbaik untuk masa depan Encik Solihin. Walaupun zaman program celik it sudah berlalu dan kini orang ramai pula yang semakin mengharapkan perubahan kerajaan elektronik, namun jasa beliau sesungguhnya lebih besar dari yang kita tahu. Memandangkan kekangan bajet kelab, mungkin kami AJK tak dapat gambarkan cara sebenar untuk menghargai jasa beliau selain dengan sekadar jamuan perpisahan biasa-biasa. Semoga jasa beliau terus diingati sesiapa sahaja yang sinonim dengan e-komuniti, rangkaian suk dan pusat komuniti it.