Showing posts with label Biro Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Biro Kebajikan. Show all posts

Sambutan Hari Lahir Kelab BTM 2106

Tarikh : 19 Februari 2016 (Jumaat)

Masa : 8:30 pg

Tempat : Bilik Mesyuarat Buginvila, BTM





Program Ceramah ‘Ramadhan: Care For Hunger’ anjuran Kelab BTM Dan Penghantaran Sumbangan



Alhamdulillah, program ceramah ‘Ramadhan: Care For Hunger’ anjuran Kelab BTM bersama pihak NGO, Islamic Relief Malaysia (IRM) telahpun berlangsung pada 26 Jun 2015 (Jumaat) yang lepas.

Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga BTM berkenaan projek-projek amal dan kebajikan yang sedang dilakukan oleh IRM, terutamanya program ‘Ramadhan: Care For Hunger’ di mana ia merupakan tabung khusus untuk membantu mangsa kebuluran bagi mendapatkan makanan.

Sesuai dengan amalan bersedekah yang paling afdal dilakukan dalam bulan Ramadhan, Kelab BTM ingin memberi kemudahan untuk warga BTM melaksanakan ibadah ini. Lebih-lebih lagi, memberi makan kepada orang yang berpuasa banyak ganjarannya seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi).

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Kelab BTM telah menganjurkan kutipan sumbangan untuk tabung  ‘Ramadhan: Care For Hunger’ yang telahpun diletakkan di kawasan punch card. Untuk makluman tuan/puan, tabung tersebut akan diletakkan di situ sehingga 9 Julai 2015 (Khamis).

Untuk makluman, sumbangan wang yang telah dikumpul adalah sebanyak RM464.70. Sumbangan telah disampaikan kepada wakil Islamic Relief Malaysia, Datin Norelan Ismail selaku Manager, Charity Shoppe & Event Division.

Bagi pihak AJK Kelab BTM, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan sokongan tuan/puan semua terhadap aktiviti ini serta ceramah agama yang telah dijalankan dalam bulan Ramadan ini.



Sekian, terima kasih.


Gambar- Gambar Semasa Ceramah  ‘Ramadhan: Care For Hunger’ Anjuran Kelab BTM Bersama Pihak NGO Di Bilik Mesyuarat Buginvilla











 Gambar- Gambar Semasa Lawatan Ke Islamic Relief Charity Shoppe Di Bandar Baru Bangi











Penghargaan Kepada Encik Mohd Solihin Bin Tasman

Kelab BTM akan mengadakan majlis sempena Jasamu Dikenang kepada pegawai BTM iaitu Encik Mohd Solihin Bin Tasman yang akan menamatkan perkhidmatan pada Mac ini.

Siapa tak kenal Encik Solihin, beliau adalah kakitangan yang banyak menyumbangkan jasa dalam program kesedaran Celik Komputer/ICT bagi negeri Selangor pada awal-awal teknologi komputer mula bertapak di Malaysia. Beliaulah tulang belakang dan penyumbang idea kepada pelbagai promosi, kempen dan program kesedaran ICT ke segenap pelusuk kampung, sekolah biasa, sekolah pendidikan khas dan kesedaran ICT dalam kakitangan jabatan kerajaan negeri Selangor tak kira di pejabat SUK, pejabat daerah dan keseluruhannya. Ini semua perjuangan semasa beliau dan staf Pusat ICT/BTM ke arah kempen E-Komuniti di negeri Selangor. Sesungguhnya tugasan beliau bukan hanya duduk di pejabat SUK sahaja tapi sasaran komuniti sangat luas kerana ingin pastikan segenap pelusuk negeri Selangor tak ada jurang digital. Perwatakan beliau yang sederhana dan sentiasa terbuka memudahkan urusan tugasan Pusat ICT/BTM sebagai pelaksana pelbagai program ICT negeri kerana mudah berurusan dengan mana-mana pihak pengurusan tak kira dari pihak politik, pengurusan suk, pengurusan daerah, ketua kampung dan sekolah. Macam-macam pengalaman boleh dipelajari dari beliau.

Peranan beliau sangat besar dan memang telah menaikkan nama Pusat ICT/BTM tak kira semasa dinaungi oleh ketua jabatan/SUK/TSUK/SUB/KPSU yang datang dan pergi silih berganti. Cuma sayangnya beliau akan menamatkan khidmat bakti di BTM sedikit masa lagi dan memberi khidmat beliau yang sangat berharga di tempat lain. Kami doakan yang terbaik untuk masa depan Encik Solihin. Walaupun zaman program celik it sudah berlalu dan kini orang ramai pula yang semakin mengharapkan perubahan kerajaan elektronik, namun jasa beliau sesungguhnya lebih besar dari yang kita tahu. Memandangkan kekangan bajet kelab, mungkin kami AJK tak dapat gambarkan cara sebenar untuk menghargai jasa beliau selain dengan sekadar jamuan perpisahan biasa-biasa. Semoga jasa beliau terus diingati sesiapa sahaja yang sinonim dengan e-komuniti, rangkaian suk dan pusat komuniti it.

Selamat Pengantin Baru

Warga Kelab ICT mengucapkan Selamat Pengantin Baru

Buat NUR AZIMA BT MD ARIFFIN dan suami
MOHD SHARIL BIN ABDUL HAMID

Semoga Perkahwinan beliau berkekalan ke akhir hayat , dunia dan akhirat.

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

LAWATAN KE RUMAH PUAN ROSNAH BINTI MISKAN

Pada 30 April 2010 yang lepas , Biro Kebajikan telah mengadakan lawatan ke rumah Pn Rosnah binti Miskan yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya matanya yang pertama. Lawatan diketuai oleh Pn Adelin binti Abdul Latib selaku pengerusi kelab ICT dan ditemani oleh Cik Erni Syazarina Binti Mohd Anwar (PSU PAII) dan kakitangan pusat ICT yang lain. Nama : Nurnafisah binti Mohd Azuwan Tarikh Lahir : 17 April 2010 Berat Masa Lahir : 3.5kg

Hadiah daripada kelab ICT
Antara kakitangan pusat ICT yang hadir.