Selamat Pengantin Baru

Warga Kelab ICT mengucapkan Selamat Pengantin Baru

Buat NUR AZIMA BT MD ARIFFIN dan suami
MOHD SHARIL BIN ABDUL HAMID

Semoga Perkahwinan beliau berkekalan ke akhir hayat , dunia dan akhirat.

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

LAWATAN KE RUMAH PUAN ROSNAH BINTI MISKAN

Pada 30 April 2010 yang lepas , Biro Kebajikan telah mengadakan lawatan ke rumah Pn Rosnah binti Miskan yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya matanya yang pertama. Lawatan diketuai oleh Pn Adelin binti Abdul Latib selaku pengerusi kelab ICT dan ditemani oleh Cik Erni Syazarina Binti Mohd Anwar (PSU PAII) dan kakitangan pusat ICT yang lain. Nama : Nurnafisah binti Mohd Azuwan Tarikh Lahir : 17 April 2010 Berat Masa Lahir : 3.5kg

Hadiah daripada kelab ICT
Antara kakitangan pusat ICT yang hadir.

BIRO LAWATAN DAN REKREASI

AKTIVITI JUALAN HAMPER SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2009



Aktiviti jualan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 telah berjalan dengan lancar. Semua hamper telah habis dijual dan terima kasih diucapkan kepada semua ajk yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan aktiviti ini. Insyaallah, aktiviti ini akan dibuat lagi sekiranya terdapat permintaan. Syabas!

Mesyuarat Agong 2009


Pada Mesyuarat Agong 2009 ini berlangsung pembubaran ahli jawatankuasa sesi 2007 - 2009 dan berlangsungnya perlantikan ahli jawatankuasa baru sesi 2009 - 2011. Perutusan Penasihat dan pembentangan Penyata Kewangan oleh Pengerusi sesi 2007 - 2009 berlangsung. Ahli jawatankuasa baru diberi mandat memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti kelab sebaiknya dengan telus dan amanah. Berikut adalah AJK Induk kelab yang baru ;

Pengerusi

Pn Wan Fadzlina Binti Wan Mohd Azmi

Bendahari
Pn Siti Julaika Binti Hashim

Penolong Bendahari
Pn Asfaziahtun Binti Zakari

Biro Agama
En. Iskandar Bin Abu Bakar (K)

Biro Sukan
En. Zullkefli Bin Ismail (K)

Biro Kebajikan
Pn. Zainaf Binti Othman (K)

Biro Publisiti
Cik Nur Hidayah Han Binti Amer Rudin (K)

Biro Lawatan & Rekreasi
Pn Yusiha Binti Ishak (K)

Biro Keusahawanan
Pn Siti Zurina Binti Jusoh (K)

Majlis juga diserikan dengan acara penyampaian Jasamu Dikenang, hadiah hari lahir, hadiah kepada kakitangan yang baru menimang cahaya mata dan sijil penghargaan kepada ajk lama. Seterusnya, acara makan-makan....Enjoy!

Galeri gambar di sini.