Hari ini hari terakhir pelajar praktikal btm : mira,amin, . terima kasih kami ucapkan selama di btm banyak bantuan yg korang berikan. semoga ilmu yg dapat dari sini boleh membantu korang berjaya di dunia pekerjaan kelak. kami doakan selamat maju jaya!!
Seronok dapat berkumpul bekerjasama menghias pejabat hari ini. Esok kami akan adakan jamuan kecil-kecilan di pejabat untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat SUK Selangor. Nanti kita upload pulak gambar kemeriahan Rewang-Rewang Raya @BTM yang sempat dirakamkan. Alhamdulilah semua peringkat kakitangan turun padang.
agm diadakan pada 24 julai 2013, bertempat di bilik mesyuarat buginvila, btm
Lagu ICT Tahun 2004
Lagu ini dirakamkan sebagai lagu rasmi Pusat ICT Selangor pada tahun 2004.
Ianya sempena Tahun 2004 sebagai Tahun K-Komuniti Selangor (K=Knowledge)
oleh itu liriknya K-Ekonomi, K-Komuniti..
Lagu dan lirik digubah khas oleh KRU
KRU dilantik sebagai duta ICT negeri Selangor kerana berjaya menggunakan kecanggihan ICT dalam bidang muzik, perfileman dll
Lagu ini dirakamkan khas sebagai lagu rasmi Pusat ICT Selangor pada tahun 2000. Liriknya untuk menyokong pembangunan ICT di negeri Selangor menjelang wawasan Selangor Maju pada tahun 2005. Lagu ini juga menjadi kenang-kenangan bagi kakitangan Pusat ICT Selangor yang bersama-sama melalui fasa pembangunan infrastruktur, infostruktur dan program-program Celik IT ke seluruh pelusuk kota, kampung dan sekolah-sekolah.