Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012M/1433H dengan ucapan Maaf Zahir Batin dari semua AJK Kelab BTM. Terutama kepada staf dan alumni Bahagian Teknologi Maklumat Selangor. Khas untuk korang, kad raya 2in1 ini boleh jadi sampul duit raya.
Hm dengarnya ada bank dan kedai2 yang tak kasi sampul duit raya percuma kali ni. Potong dan gam sendiri buatlah berapa banyak yang larat ya. Semoga berguna ya :-) Selamat Hari Raya!
(Jika ada sesiapa yang nak file PSDnya dan nak edit atau letak nama sendiri boleh emel/sms saya - rosnah.miskan@gmail.com / 0162484633)

Kad Raya 2in1 - Sampul Duit Raya

Majlis Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir 23 Feb 2012

Tarikh : 23/2/2012 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BTM
Jasamu dikenang untuk : Encik Mohd. Solihin & Puan Adelin


Majlis telah dihadiri oleh semua kakitangan. Emcee bertugas hari ini ialah Puan Norashikin, pembaca doa Encik Nor Helmin, jurugambar Encik Amirizam dan dibantu oleh AJK yang bertungkus lumus mempersiapkan hadiah, juadah tetap dan lain-lain aktiviti berkaitan sejak seminggu lalu.

Slide khas disediakan untuk mengenang jasa pegawai yang diraikan:




Senarai yang menerima cenderamata sempena hari lahir bulan Januari hingga April 2012:

Penghargaan Kepada Encik Mohd Solihin Bin Tasman

Kelab BTM akan mengadakan majlis sempena Jasamu Dikenang kepada pegawai BTM iaitu Encik Mohd Solihin Bin Tasman yang akan menamatkan perkhidmatan pada Mac ini.

Siapa tak kenal Encik Solihin, beliau adalah kakitangan yang banyak menyumbangkan jasa dalam program kesedaran Celik Komputer/ICT bagi negeri Selangor pada awal-awal teknologi komputer mula bertapak di Malaysia. Beliaulah tulang belakang dan penyumbang idea kepada pelbagai promosi, kempen dan program kesedaran ICT ke segenap pelusuk kampung, sekolah biasa, sekolah pendidikan khas dan kesedaran ICT dalam kakitangan jabatan kerajaan negeri Selangor tak kira di pejabat SUK, pejabat daerah dan keseluruhannya. Ini semua perjuangan semasa beliau dan staf Pusat ICT/BTM ke arah kempen E-Komuniti di negeri Selangor. Sesungguhnya tugasan beliau bukan hanya duduk di pejabat SUK sahaja tapi sasaran komuniti sangat luas kerana ingin pastikan segenap pelusuk negeri Selangor tak ada jurang digital. Perwatakan beliau yang sederhana dan sentiasa terbuka memudahkan urusan tugasan Pusat ICT/BTM sebagai pelaksana pelbagai program ICT negeri kerana mudah berurusan dengan mana-mana pihak pengurusan tak kira dari pihak politik, pengurusan suk, pengurusan daerah, ketua kampung dan sekolah. Macam-macam pengalaman boleh dipelajari dari beliau.

Peranan beliau sangat besar dan memang telah menaikkan nama Pusat ICT/BTM tak kira semasa dinaungi oleh ketua jabatan/SUK/TSUK/SUB/KPSU yang datang dan pergi silih berganti. Cuma sayangnya beliau akan menamatkan khidmat bakti di BTM sedikit masa lagi dan memberi khidmat beliau yang sangat berharga di tempat lain. Kami doakan yang terbaik untuk masa depan Encik Solihin. Walaupun zaman program celik it sudah berlalu dan kini orang ramai pula yang semakin mengharapkan perubahan kerajaan elektronik, namun jasa beliau sesungguhnya lebih besar dari yang kita tahu. Memandangkan kekangan bajet kelab, mungkin kami AJK tak dapat gambarkan cara sebenar untuk menghargai jasa beliau selain dengan sekadar jamuan perpisahan biasa-biasa. Semoga jasa beliau terus diingati sesiapa sahaja yang sinonim dengan e-komuniti, rangkaian suk dan pusat komuniti it.

Sambutan Raya Staff 2011

Sambutan telahpun diadakan pada 21/9/2011 (Rabu) secara kecil-kecilan dengan suasana meriah Potluck. Terima kasih kepada SUB kerana sudi meluangkan masa pada hari tersebut beramah mesra bersama staff. Maklumlah hari biasa susah juga nak berbual mesra kerana kesibukan tugas..yang teknikal terkejar ke sana, yang buat kerja tekun di depan komputer, bos-bos pula perlu tepat pada masanya hadir ke mesyuarat2 yang diperlukan. Begitulah kita akhirnya dapat bersama-sama pada hari yang ceria berpakaian raya sambil menikmati juadah yang sedap-sedap dek air tangan staff sendiri. Meriah.

//usik-usik : Terharu SUB sanggup tukar ke baju melayu merah untuk majlis yang bermula jam 11 pagi:-) eh rasanya jumaat pakai baju kaler sama jugak..bos kita ada banyak baju raya merah kot. bila lagi agaknya kita nak sedondon satu opis ya? tentu lebih meriah :-)

Tempahan Hamper Raya 2011 dibuka sekarang!!


YUMMYLICIOUS!!
Sempena Syawal kali ini, raikan rakan dan mereka yang tersayang dengan Hamper Raya Ekslusif kami.

Setiap set Hamper mengandungi :
1 set Praline Homemade Chocolate + 5 set biskut raya
Popia Simpul Kasih | Tart Nenas | Biskut White Rocher | Kuih Bangkit Kelapa | Chocolate Chip

Harga : RM130.00 sahaja

Tempahan Akhir : 15 OGOS 2011

CARA BAYARAN : Bayar-Semasa-Terima | Cash-On-Delivery

CARA TEMPAHAN
1. Telefon :
ERNI 019-3879095
ZURAIDAH 013-3261564
SALLEH 012-3089678
ROSNAH 016-2484633
AYU 019-3216593

2. E-mel : g_kelabbtm@selangor.gov.my

CALL OR EMAIL US TO CONFIRM YOUR ORDER NOW!

Salam Ramadhan 2011

Salam,
Bersempena dengan ketibaan bulan ramadhan ini, Kelab BTM ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa bagi warga BTM yang beragama Islam. Semoga sepanjang bulan yang mulia, kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

“Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.
Jika seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya.
Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya.”

“ Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan.”
…. Selamat menunaikan ibadah Ramadhan …..

Daripada :
Kelab BTM
http://kelabictselangor.blogspot.com

Wallpaper Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 2011 kepada semua warga kerja beragama Islam di BTM Selangor, Pejabat SUK Selangor, rakan-rakan ICT di mana-mana jabatan dan Follower blog kami tak kira di mana anda berada. Selamat menjalani ibadah puasa semoga mendapat keberkatan Ramadhan Karim, insyaAllah. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Anda suka Design wallpaper ucapan Salam Ramadhan BTM ini?
Di sini kami kongsikan Wallpaper Salam Ramadhan khas untuk anda. Kali ni bukan setakat Download saja tapi anda boleh ubah sendiri Background sebab ada dikongsikan sekali file Vector Ai dan pilihan background juga dalam format wallpaper HD. Suka?

Pilih dan Klik Download Link anda:-

Cara Ubah Background
Hm berikut sedikit panduan untuk ubah background wallpaper salam ramadhan ini, caranya :-

1. Sudah Download file salam ramadhan.ai
2. Sudah Download file background JPEG yang anda suka
3. Dari photoshop, Open file background
kemudian masukkan file salam ramadhan.ai sebagai Layer baru dengan cara : "File - Place" kemudian browse lokasi salam ramadhan.ai
(Nota : )
4. Save sebagai wallpaper anda yang baru :-)

Teruskan sokongan, hantar komen jika anda mahu lagi artikel tentang Design & hands-on-Tutorial.

-Design & tutorial percuma ini ikhlas dari Rosnah